Posted by: Samura!Destiny | October 23, 2007

Malam Yang Sunyi

0117.. tik tik tik.. bunyi jam steering kapal Flying Dutchman kat sebelah laptop aku.. 0119… apa yang aku pikir nth…

asal plan lepas aku blk dr makan aka bukak pose kat umh membe.. nk study… aku.. mcm biasa aaaa.. dh smpi umah… bk tv…. tgk ada citer bes x… ada lak citer Supernatural….. adoiiiiiiiiii.. lekat la kejap… membe aku blk dari makan2 ngan senior kitorang kat Auburn. Dia datang sini atas urusan kerja.. aku x dpt follow pasal aku ada kelas jam 6pm… huha huha.. sorang lagi membe blk umah… abis citer.. aku n d geng solat………

masuk bilik…… dgn penuh azam dan tekad…….. aku pn bk notebook aku… usha notes yg patot utk jwb assg…… hampeh… idea ni mmg cipan.. time last2 minute ler dia nk datang………. tgh duk belek2 pdf file utk assg regulatory aku ni.. sorang membe msk bilik……… sorang lg dh tumbang………. borak2…… hehhe.. gossip……….. mcm2 citer kuar….. lama gak dowh.. smpi kol 1258am gak aaaaaaaaaaa………….

dh kering air liur……… dia blk bilik … nk tdo katanya……. ngantok……. aku duk dr td mengidam aiskrim…… aku habaq kat dia nk makan.. dia suggest mkn sok ler….. hihiihi.. ye la.. ye laa.. ye laa.. ye laa.. (trademark membe aku)… g dapor.. minum air kosong… msk blk… amik cekelat apa nth… alaaaa yg ada batang…. n cekelat tu bulat………. so duk kulum cekelat tu smpi abis… 0127……..

mata aku cerah lagi…………. nak golek2 ke……. nk bukak assg…….

tdo awal = bgn lambat

tdo lambat = bgn lambat

ape kes laaaaaaaaaaaaa…. adoiiiiiiiiii… boleh lak aku duk meraban pepagi kata alarm tu sume fake… pening2……. mmg ler bgn lambat…….. klu bgn awal pun…… nafsu utk tdo lepas subuh amat tinggi………… cekelat dh abis…. kulum batang yang tinggal jer…….. aku ingt nk bk assg skit kot………. msk toilet…. gosok gigi……. tdooooooo zzzzzzzzzzzZZZZZ… expected kol 0215 kot………. tata…….

dh lama x msk new entry……. itu pn lepas membe tego pasal ada blog tp x tulih…….. peduli kan… sape nk baca hahahha…. x teringin kot org nk bc ngomel2 aku nih………….. dah dah dah dah en m8hanafi……… g wat keje…………………. 0131

Posted by: Samura!Destiny | October 4, 2007

Handphone Yang Mempunyai Ayat-Ayat Suci

(petikan dari http://www.al-ahkam.net)

ASSALAMU’ALAIKUM.,

Saya ingin meminta pendapat Ustaz disini. Handphone sekarang ni bukan macam dahulu.Handphone sekarang boleh menyiarkan profil grafik,logo operator dan juga ikon bergambar.Hari ini pula syarikat telekomunikasi wayarles telah banyak memperkenalkan profil grafik,logo operator dan juga ikon bergambar bercorakkan Islam seperti ada paparan Bismillah , Allahuakbar dan bermacam lagi paparan yg agak menarik.Kita kerap kali membawa handphone kita kemana sahaja kita pergi.Ini termasuk ketandas juga apabila diluar.Apa pendapat Ustaz tentang hal ini?Kita semua tahu yg ayat suci Al-Quran bukanlah boleh sewenangnya diletakkan dimana sahaja.Inikan pula paparan didalam handphone tersebut ayat seperti Bismillah dan Allahuakbar ,kemudian ada yg masuk kedlm tandas bersama handphone tersebut.Ada juga yg meletakkan handphone didlm saku belakang(bahagian punggung) dan paparan yg saya katakan seperti diatas masih aktif.Apa pendapat Al- Fadhil Ustaz dalam hal ini?


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin, para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara Mutakalim itu, semoga saudara diberkati oleh Allah Ta’ala di atas keperihatinan saudara terhadap permasalahan-permasalahan Islam.

Setelah meneliti soalan saudara itu , maka , alhamdulillah inilah jawapannya :

1 – Handphone ( telefon bimbit ) merupakan salah-satu daripada keperluan manusia di zaman moden ini , khasnya bagi mereka yang sentiasa bermu’amalah ( berurusan ) dengan berbagai pihak , samalah dengan keperluan manusia kepada kereta . Oleh itu sudah tentu , handphone ini adalah barang yang bernilai dan perlu dijaga dengan baik , yang mana tidak sedikit manusia yang bingung dan “serabut kepala“ dek kehilangannya, hinggakan ianya juga boleh “mengusik-ngusik“ kekhusyukan sembahyang seseorang itu.

Tindakan seseorang yang meletakkan handphone di bahagian belakangnya adalah bertujuan untuk menjaganya , walaupun lebih baik kalau diletakkan di tempat yang lebih sesuai , itupun jika ianya ada.

Di sini kita menggunakan kaedah Fiqh “Semua perkara itu bergantung kepada tujuannya“ dan “Kesukaran hendaklah dihilangkan“, untuk menentukan hukum bagi permasalahan-permasalahan yang ditimbulkan.

Oleh itu , tindakan seseorang yang meletakkan handphonenya (yang tertera icon ataupun grafik kalimah-kalimah suci) di bahagian belakang seseorang – contohnya di poket belakangnya – TIDAKLAH DAPAT UNTUK DIKATAKAN BAHAWA DIA TELAH MENGHINA KALIMAH-KALIMAH SUCI TERSEBUT . Ini disebabkan tujuannya ialah : UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU KE ATAS HANDPHONENYA ~ Contohnya : Dicuri orang, tercicir ataupun seumpamanya.

Walaupun begitu, kita amat menggalakannya agar handphone seperti itu, diletakkan ditempat yang lebih sesuai sebagai mana yang telah dinyatakan – itupun jika ada ruang yang sesuai baginya – dan tindakan seseorang yang meletakkan handphone di belakangnya itu harus, selagi ianya tidak berniat untuk menghina kalimah-kalimah suci Islam.

2 – Manakala bagi permasalahan seseorang yang membawa masuk handphonenya ke dalam tandas , walhal tertera di skrin handphonenya itu kalimah-kalimah suci (tidak ditutup handphonenya itu sebelum memasuki tandas) maka PERLAKUAN SEPERTI ITU ADALAH TIDAK DIBENARKAN DI DALAM ISLAM . Kerana telah terang nas-nas yang menunjukkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w tidak akan memasuki tandas melainkan setelah ditanggalkan terlebih dahulu cincinnya yang mempunyai cop mohor yang bertulis: “Muhammadur RasululLah“ (Muhammad itu adalah utusan Allah) .

Samalah seseorang itu tidak boleh masuk ke dalam tandas dengan membawa masuk bersamanya mushaf Al-Quran Al-Karim, ataupun apa-apa yang mengandungi ayat-ayat suci seperti buku saku Al-Ma’atsurat, Himpunan Doa-Doa, Wirid-wirid dan seumpamanya (kecualilah di dalam keadaan dharurat) .

Kita menasihati umat Islam agar berlaku cermat dan berhati-hati menjaga kesucian ayat-ayat Al-Quran dan syiar-syiar kebesaran Islam . Dan kita menasihati agar umat Islam selalu ingat untuk mengelakkan kejadian seperti itu berlaku ke atas diri-diri mereka sendiri.

**************************************

PERMASALAHAN TAMBAHAN :

“ Bukankah handphone yang mengandungi icon @ logo @ paparan ayat-ayat suci itu tetap haram dibawa masuk ke dalam tandas, sekalipun ianya telah ditutup (tidak diaktifkan) kerana kalimah-kalimah suci itu tetap ada di dalam memori handphone @ sim card handphone tersebut ??? “.

Jawapannya : Kefahaman seperti ini adalah kefahaman yang beku dan totok yang tidak diakui oleh Islam itu sendiri. Kerana itulah Islam itu bukan sahaja perlu difahami nas-nasnya, bahkan tujuan-tujuannya juga perlu turut sama dititik-beratkan.

Kalaulah kiasan (analogy) seperti ini kita gunakan untuk memahami masalah tersebut, maka bagaimanakah pula dengan seorang yang menghafal Al-Quran, adakah haram selama-lamanya dia daripada memasuki tandas !!?? .

Bukankah seorang yang menghafal Al-Quran Al-Karim , ayat-ayat suci tersebut tetap ada di dalam ingatannya sekalipun tidak diucapkan (dilafazkan) ???.

Oleh itu, orang yang menghafal Al-Quran Al-Karim tidaklah ditegah oleh syarak untuk memasuki tandas, kerana yang ditegah ialah membaca @ menuturkan @ melafazkan @ mengucapkan Al-Quran Al-Karim ataupun ayat-ayat suci di dalam tandas, bukannya ingatan-ingatannya terhadap ayat-ayat suci itu yang ditegah syarak !!!.

Maka begitulah juga dengan sebuah handphone yang mempunyai grafik @ icon @ paparan ayat-ayat suci, jika ditutup ia, maka tiadalah ia. Samalah seperti ayat-ayat suci itu dengan tuannya (yang menghafalnya), jika tidak dituturkannya, maka tiadalah ia.

Kesimpulannya : Bagi seseorang yang mempunyai handphone yang mengandungi grafik @ icon @ paparan ayat-ayat suci di skrinnya (paparannya), hendaklah ditutup terlebih dahulu sebelum dibawa masuk ke dalam tandas, agar tidak berlakunya penghinaan ataupun perbuatan menyenda kesucian syiar-syiar kebesaran agama Islam.

**************************************

MASALAH BERBANGKIT :

“Bagaimana pula jika ada seseorang yang meletakkan ayat-ayat suci di bawah tapak kaki dengan beralasan dia tidak berniat untuk menghina ataupun mempersenda-sendakan ayat-ayat tersebut?“.

Jawapannya: Bukan semua perkara memerlukan niat (SILA RUJUK: SJ-1881: PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT)

Lantaran itu, perbuatan seperti meletakkan ayat-ayat suci di bawah tapak kaki ataupun di bawah punggung , walaupun tidak dengan tujuan untuk menghinanya – sebagaimana yang didakwa – adalah tertolak dan tidak boleh dijadikan hujah ataupun keharusan untuk melakukannya !!!.

Apatah lagi perbuatan itu merupakan satu perbuatan penghinaan, yang sememangnya tidak memerlukan niat, ataupun melafazkannya sebagai pengkhabaran terhadap penghinaan itu, kerana perbuatan seperti itu sudah tidak dapat lagi untuk didolak-dalihkan (takwil) melainkan ianya adalah penghinaan terhadap ayat-ayat suci semata-mata !.

Samalah dengan mereka yang mengucapkan kalimah yang boleh menyebabkannya murtad, walaupun tanpa niat, ianya tetap menjadikannya sebagai kufur dan murtad. Ini disebabkan ulama’ Tauhid sendiri mengatakan: “Menceritakan hal kufur tidaklah menjadikan seseorang itu kufur, akan tetapi bertutur dengan kalimah yang kufur boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kufur“ (رواية الكفر ليس بالكفر و إنما الكفر . القول بالكفر) !!! .

Samalah juga dengan mereka yang melakonkan watak sebagai seorang paderi , dengan memakai pakaian khas sang paderi , ditambah pula dengan mengalungkan rantai salib di tengkuknya. Dan begitulah dengan mereka yang berlakon sebagai seorang Sami Budha dengan memakai pakaian rasmi si sami. Ataupun lakonan seseorang Islam yang melakonkan watak menyembah patung-patung. Kesemuanya itu dan yang seumpama dengannya boleh menyebabkan seseorang itu murtad dan kufur (engkar dan kafir) kepada Allah Ta’ala !!! ~ Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik.

Pendek Kata : Perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kufur , bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan “ main-main “ ataupun “ senda-gurau “. Apatah lagi jika ianya dipandang sebagai perkara yang remeh-temah !!!.

Sila Rujuk juga jawapan kami di : SJ-1873: SEBAB-MUSABAB, TAQDIR & MASALAH MURTAD

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

8 / Sya’aban / 1423 H
15/ September / 2002 M

Selasa – Bandaraya Kaherah

Posted by: Samura!Destiny | October 4, 2007

Waktu yang Dilarang Bersembahyang

(Petikan drp www.brunet.bn/gov/mufti, http://ibadah.blog.com/1235642/)

Sebagai mana dijelaskan oleh para ulama feqh berdasarkan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa waktu-waktu tertentu yang ditegah melakukan sembahyang adalah seperti berikut:

1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.

Ketiga-tiga waktu ini ada disebutkan di dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani katanya yang maksudnya :

“Tiga waktu yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan mayat, iatu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga gelincir dan ketika matahari hampir terbenam sehingga ia terbenam”

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas melarang bersembahyang dan mengkebumikan mayat pada ketiga-tiga waktu berkekenaan.

4. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

5. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.

Diterangkan di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri yang mengatakan bahawa dia telah mendengar Rasulullah Sahallalahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Tidak ada sembahyang selepas Subuh sehingga terbit matahari dan tidak ada sembahyang selepas Asar sehinggalah matahari terbenam”.

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hukum Menunaikan Sembahyang Pada Waktu-Waktu Tersebut

Menurut pendapat yang mu‘tamad dalam mazhab Syafi‘ie bahawa hukum melakukan sembahyang pada waktu-waktu yang tersebut itu adalah makruh tahrim. (Mughni al-Muhtaj :1/128, Fathul ‘Allam: 3/114,Fiqh al-Islami wa Adillatuh:1/520 )

Makruh tahrim sebagai mana yang dijelaskan oleh pengarang Hasyiyah I‘anah Thalibin dan pengarang Fathul ‘Allam ialah hukum yang sabit dengan dalil yang zhanni dan boleh dibuat takwilan (andaian), berbeza dengan haram yang mana ia sabit dengan dalil qath‘ie yang tidak boleh dibuat takwilan sama ada dalil itu daripada kitab atau sunnah atau ijma‘ ataupun qiyas. (I‘anah Tahalibin:1/197, Fathul ‘Allam: 3/114)

Ada juga pendapat ulama yang mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh tanzih. Walau bagaimanapun sembahyang itu tetap tidak shah sebagaimana kata Al-Khatib Asy-Syarbini yang maknanya :

“Dan tidak shah sembahyang itu jika kita berpendapat bahawasanya hukumnya adalah makruh tahrim, dan begitu juga pada pendapat yang mengatakan bahawa hukumnya adalah karahah tanzih menurut pendapat yang ashah”

(Mughni al-Muhtaj:1/129)

Menyenghajakan Mengakhirkan Sembahyang Untuk Dilakukan Pada Waktu-Waktu Makruh

Berkata pengarang Fathul Mu‘in yang maknanya :

“Maka jika seseorang itu bermaksud (menyenghajakan untuk mengakhirkan) sembahyang yang bukan empunya waktu di dalam waktu makruh (mengerjakan sembahyang) kerana waktu itu adalah waktu makruh (sebagaimana yang telah diketahuinya) maka hukumnya adalah haram secara mutlak dan sembahyang itu tidak shah walaupun (mengqadha) sembahyang yang telah luput waktunya sekalipun wajib di qadha dengan segera kerana dia telah menentang hukum syara’”

(I‘anah at-Thalibin:1/199-200)

Berlainan halnya jika tujuan mengakhirkannya pada waktu makruh itu oleh sebab yang tertentu iaitu bukan dengan niat melakukannya pada waktu itu kerana waktu itu adalah waktu makruh seperti mengerjakan sembahyang Janazah selepas sembahyang Asar kerana bertujuan supaya ramai jamaah bersembahyang, maka itu adalah diharuskan. (Lihat Hasyiah I‘anah Thalibin:1/200)

Tidak termasuk di dalam larangan itu bagi sembahyang yang empunya waktu seperti mengakhirkan sembahyang Asar sehingga matahari kekuning-kuningan.

 

Apakah Dia Sembahyang-Sembahyang Yang Dilarang Melakukannya itu?

Sembahyang-sembahyang yang ditegah melakukannya pada waktu-waktu yang lima ialah sembahyang sunat Muthlaq iaitu sembahyang yang tiada mempunyai sebarang sebab seperti sembahyang sunat Tasbih dan juga sembahyang yang bersebab tetapi sebabnya itu terkemudian. Sembahyang yang sebabnya terkemudian itu ialah seperti sembahyang sunat Ihram dan sembahyang sunat Istikharah. Sebab sembahyang sunat Ihram itu adalah kerana memakai Ihram, ia hanya berlaku setelah melaksanakan sembahyang Ihram dan Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas sembahyang Istikharah.

Adapun sembahyang yang sebabnya terdahulu daripada sembahyangnya ataupun beriringan, maka harus dikerjakan pada waktu-waktu tegahan itu, tidak makruh dan tidak haram. Misal sembahyang-sembahyang berkenaan ialah seperti sembahyang qadha sama ada fardhu atau sunat, sembahyang Janazah, sembahyang Istisqa’, sembahyang gerhana, sembahyang sunat yang dinazarkan, sembahyang Hari Raya, sembahyang Dhoha, sembahyang sunat Thawaf, sembahyang sunat Wudhu, sembahyang sunat Tahiyatul Masjid, sujud Tilawah dan sujud Syukr dan lain-lain solat yang sebabnya terdahulu.

Sembahyang-sembahyang ini harus untuk dilakukan pada lima-lima waktu dilarang melakukan sembahyang itu berdasarkan hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Ijma‘ para ulama.

Menurut sebuah riwayat mengenai dengan peristiwa taubat Ka‘ab bin Malik bahawa dia telah melakukan sujud syukur selepas sembahyang fardhu Subuh sebelum lagi terbit matahari.

Menurut sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam brsabda kepada Bilal yang maksudnya :

Maksudnya: “Wahai Bilal! Cuba kau ceritakan kepadaku apakah perkerjaan yang paling kau harapkan daripada perkerjaan-perkerjaan yang telah kamu lakukan dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi kasut engkau di hadapanku di syurga?” Bilal berkata: “Aku tidak melakukan suatu perkerjaan yang paling aku harapkan selain aku tidak pernah bersuci sama ada malam atau siang kecuali untuk bersembahyang dengannya, sembahyang yang ditentukan oleh Allah untukku(sembahyang sunat)”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan bahawa sujud syukur harus dilakukan pada waktu yang terlarang. Begitu juga dengan sembahyang sunat wudhu setelah bersuci dengan mengambil wudhu sebagaimana yang diamalkan oleh Bilal Radhiallahu ‘anhu tidak mengira siang atau malam. Ini kerana sebab sembahyang sunat wudhu dan sujud syukur itu adalah sebab yang terdahulu bukan terkemudian. Begitulah juga halnya dengan sembahyang-sembahyang lain yang mempunyai sebab yang terdahulu.

 

Hikmah Pengharaman Sembahyang Pada Waktu-Waktu Berkenaan

Larangan mengerjakan sembahyang pada waktu-waktu berkenaan mempunyai hikmat yang tersendiri.

Waktu ketika matahari terbit, maka terbitnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan, lalu orang kafir bersembahyang untuknya. Waktu ketika matahari tegak (rembang) pula, ketika itulah neraka Jahannam dimarakkan dan pintu-pintunya dibuka dan waktu ketika matahari hendak terbenam, maka terbenamnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan maka orang kafir bersembahyang untuknya. Perkara ini ada dijelaskan di dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya hadis daripada Abdullah ash-Shunabiji bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Ketika matahari terbit akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan meninggalkannya. Apabila matahari tepat berada di tengah (waktu istiwa) maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah gelincir, maka syaitan akan menjauhinya. Apabila matahari hampir terbenam pula, maka syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam, maka syaitan akan menjauhinya. Di waktu-waktu itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorang mengerjakan sembahyang”

(Hadis riwayat An-Nasaie)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

“Maka sesungguhnya neraka Jahannam di nyalakan pada waktu tengah hari( iaitu ketika matahari berada ditengah-tengah)”

(Hadis riwayat An-Nasaie)

Adapun hikmah melarang sembahyang sunat selepas sembahyang Subuh dan Asar bukanlah disebabkan sesuatu yang wujud dalam waktu itu, sebab dari segi hukum waktu itu dihabiskan dengan kewajipan waktu, yang lebih baik daripada sunat yang sebenarnya.

Lain-Lain Waktu Yang Ditegah Melakukan Sembahyang

Selain daripada waktu-waktu tegahan bersembahyang sebagaimana yang diperjelaskan di atas ada juga beberapa waktu dan keadaan yang juga dilarang sama ada hukumnya makruh atau haram sebagaimana yang akan dihuraikan dibawah ini.

1.Ketika hendak didirikan sembahyang fardhu.

Makruh memulakan sembahyang sunat selepas muadzdzin memulakan iqamah sembahyang, sama ada sembahyang itu sembahyang sunat rawatib, seperti sembahyang sunat Subuh, Zuhur dan lain-lain. Sama ada dia meyakini yang dia akan sempat mendapat satu rakaat bersama-sama imam atau tidak. (Lihat Al-Majmu:4/62)

Dalil pendapat ini hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Apabila sembahyang didirikan, maka tidak boleh dilakukan sembahyang kecuali sembahyang fardhu.”

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Adapun hikmah larangan bersembahyang sunat selepas iqamah dilaungkan ialah supaya seseorang itu sempat bersembahyang fardhu bersama-sama dengan imam dari awalnya, iaitu dia boleh memulakan sembahyang beriringan dengan imam. Jika dia sibuk dengan sembahyang sunat, dia akan luput takbiratul ihram bersama-sama imam. Begitu juga dia akan luput beberapa amalan sembahyang yang menyempurnakan fardhu. Fardhu adalah lebih utama dijaga supaya sempurna. Hikmah lain pula ialah adanya larangan daripada menyalahi imam. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: 1 / 532)

2.Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar

Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telahpun duduk di atas mimbar.

Berkata imam An-Nawawi yang maknanya :

“Berkata Ash-hab Syafi‘ieyah: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah ditegah untuk memulakan sembahyang sunat, mereka menaqal bahawa telah ijma‘ ulama dalam perkara ini. Dan berkata Pengarang al-Hawi: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah haram ke atas orang yang berada di dalam masjid untuk memulakan sembahyang sunat, jika waktu itu dia sedang di dalam sembahyang hendaklah dia duduk (berhenti)”(Al-Majmu‘: 4/472).

Haram mendirikan sembahyang sama ada sembahyang itu sembahyang fardhu atau sunat sekalipun qadha sembahyang itu wajib disegerakan. Umapamanya orang yang meninggalkan sembahyang Subuh tanpa sebarang uzur, maka haram dia melakukan qadha Subuh itu sejak dari waktu duduknya imam itu sekalipun sebelum dia membacakan khutbah. Atau sekalipun dia yakin yang dia boleh selesai dan sempat mengikuti permulaan khutbah, sebagaimana yang telah dii‘timadkan oleh al-Ramli dalam Fatawanya. (Fathul ‘Allam 3/111).

Jika dilakukannya sembahyang pada ketika itu, maka tidaklah sah sembahyangnya walaupun pada ketika imam itu membacakan doa untuk sultan ataupun ketika mengucapkan taraddhi (mengucapakan Radhiallahu ‘anh apabila disebut nama-nama para sahabat) kerana semua itu dikira ada hubungannya dengan khutbah Jumu‘ah. (Fathul ‘Allam:3/111)

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya yang maknanya : “Tidak shah (sembahyang fardhu seperti sembahyang qadha yang baru dia teringat ketika itu sekalipun wajib disegerakannya atau sembahyang sunat) dan juga tidak shah thawaf dan sujud tilawah atau syukur menurut yang zhahir pada keduanya (thawaf dan sujud tilawah atau sujud syukur) sebab mengambil illah para ulama mengapa diharamkan sembahyang (selepas imam duduk di atas mimbar) kerana perbuatan itu adalah menghindar atau berpaling daripada (mendengar) khutbah secara keseluruhan”

(Hawasyi Syarwani wa Ibn Qasim ‘ala at-Tuhfah:2/457)

Sepertimana diharamkan mendirikan sembahyang pada waktu tersebut, adalah juga diharamkan memanjangkan sembahyangnya. Maka, sesiapa yang pada ketika itu (ketika imam duduk di atas mimbar) dia sedang sembahyang, maka wajib dia mentakhfif (meringankan atau menyingkatkan) sembahyangnya itu.(Fathul ‘Allam:3/112)

Maksud mentakhfifkan sembahyang itu ialah memadai melakukan perkara-perkara yang rukun dan wajib dalam sembahyang sahaja. Ada juga pendapat lain yang mendifinisikan bahawa maksud takhfif itu ialah meninggalkan tathwil (memanjangkan) menurut ‘urf (kebiasaan) dan ini adalah pendapat yang awjah sepertimana dalam syarah ar Ramli. Menurut pandapat ini adalah makruh menambah daripada apa yang wajib sebagaimana yang dikatakan oleh al-Kurdi sebagai menjaga pendapat yang pertama itu. (Fathul ‘Allam:3/113)

As-Saiyid Abu Bakr menyebutkan sebagaimana yang dinaqalnya daripada perkataan Ibn Qasim bahawa sayugianya jika dia memulakan sembahyang fardhu sebelum imam (khatib) duduk di atas mimbar, dan khatib itu duduk sedang dia masih di dalam sembahyangnya, jika sembahyangnya itu tinggal dua rakaat maka harus dia melakukannya (menyempurnakannya) dan wajib dia mentakhfif. Jika banyak (lebih daripada dua rakaat), maka ditegah melakukannya dan wajib dia memberhentikannya atau menukarkannya menjadi sembahyang sunat dan memadailah melakukannya dua rakaat di samping wajib mentakfifkannya. (Fathul ‘Allam:3/113)

Adapun orang yang baru memasuki masjid sedang imam telah duduk atau berada di atas mimbar membaca khutbah, maka harus yakni sunat bersembahyang selagi tidak ditakuti akan luput bertakbiratul ihram bersama-sama imam sebelum dia duduk. Begitu juga orang telah duduk kerana lupa atau jahil tetapi belum panjang jarak masanya disunatkan bersembahyang sunat dua rakaat dengan niat tahyiyatul masjid. (Hawasyi Syarwani wa Ibn Qasim ‘ala at-Tuhfah:2/457)

Pada pendapat mazhab Hanafi dan mazhab Maliki pula, makruh hukumnya melakukan sembahyang tahiyatul masjid pada ketika itu sebagaimana yang dijelaskan oleh pengarang Rahmatul Ummah.(Fathul ‘Allam:3/113).

 

Sembahyang Zohor Sebelum Imam Selesai Menunaikan Sembahyang Jumu‘ah

Antara waktu yang boleh dikira sebagai waktu yang terlarang menunaikan sembahyang ialah pada waktu imam belum selesai mendirikan sembahyang Jumaat. Akan tetapi hukum ini khusus bagi sembahyang fardhu Zohor dan bagi orang yang meninggalkan sembahyang Jumu‘ah dengan sengaja tanpa uzur syara‘.

Imam an-Nawawi menjelaskan pendapat Ash-hab Syafi‘ieyah (Ulama-ulama mazhab Syaf‘ie) bahawa bagi sesiapa yang diwajibkan ke atasnya menunaikan sembahyang fardhu Jumu‘ah, maka tidak harus menunaikan sembahyang Zohor sebelum lagi dia terluput sembahyang Jumu‘ah itu tanpa ada sebarang khilaf mengenainya kerana yang dituntut ke atasnya ialah fardhu Jumu‘ah. Jika dia menunaikan sembahyang Zohor sebelum lagi luput dan imam belum lagi selesai menunaikan sembahyang Jumu‘ah itu, maka menurut qaul jadid sembahyang Zohornya itu adalah tidak shah. Para Ash-hab juga sepakat bahawa pendapat yang shahih ialah batal sembahyang Zohornya itu. (Lihat Al-Majmu‘:4/416)

Bahkan, menta’khir sembahyang Zohor sehingga selesai solat Jumu‘ah itu adalah disunatkan ke atas orang yang mempunyai keuzuran seperti orang sakit yang berkemungkinan akan hilang uzurnya itu sebelum lagi imam selesai mendirikan solat Jumu‘ah, misalnya dia sembuh atau pulih sehingga benar-benar putus harapannya bahwa dia tidak akan sempat hadir untuk mengikuti sembahyang Jumu‘ah. Kadar waktu itu menurut pendapat yang ashah ialah ketika imam mengangkat belakangnya untuk bangun daripada rukuknya pada rakaat yang kedua. (Lihat mughni al-Muhtaj: 1/279)

Pengecualian Larangan Bersembahyang Pada Waktu-Waktu Larangan Itu

Dalam mazhab Syafi‘ larangan bersembahyang pada waktu-waktu tersebut dikecualikan dalam keadaan-keadaan berikut:

1.Hari Jumaat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa mengerjakan sembahyang ketika matahari tegak (rembang) adalah makruh tahrim. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat. Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya yang maksudnya:

“Bahawasanya Baginda membenci sembahyang pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat, dan Baginda bersabda: “Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada saat itu) melainkan pada hari Jumaat”.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Pengkhususan itu pula adalah umum untuk orang yang hadir ke masjid atau tidak. Berkata Al-Khatib Asy-Syarbini:

Ertinya: “Dan pada pendapat yang ashah adalah harus bersembahyang pada waktu ini (waktu matahari tegak) sama ada dia hadir sembahyang Jumu‘ah ataupun tidak”.(Mughni al-Muhtaj:1/128)

2. Tanah Haram Mekah

Mengerjakan apa saja jenis sembahyang di tanah suci Mekah adalah diharuskan tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, sabda Baginda yang maksudnya :

“Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (Baitullah) dan bersembahyang pada bila-bila waktu yang dia sukai, malam atau siang”

(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Lagipun bersembahyang di tanah haram Mekah ada tambahan kelebihan atau fadhilat, maka harus mengerjakan sembahyang di sana dalam apa-apa jua keadaan. (Mughni al-Muhtaj: 1/130)

Posted by: Samura!Destiny | August 14, 2007

Prolog: Tekad yang hilang

12 OGOS 2007

Pagi (dalam kol 8), membe2 dan aku.. total 7 orang bergerak ke stesen Central (stesen keretapi) dari Anzac Parade (nama jalan depan uni). Asal janji kol 7 berkumpul.. tapi biasa laaa.. bnyk masalah teknikal pagi2 buta ni haha.. So, smpi kat Central dlm kol 8 lebih, beli tiket (ke Blacktown), naik train kol 830 pg. FYI, bentuk dia lebih kurang mcm KTM komuter tapi train tu 2 tingkat.. Kami lepak kat atas la.. baru bes.. sambil makan sandwich. Sedap siot!. membe aku yg sorang nih mmg pandai bab2 masak. Ingt nak download skit resepi dia, simpan dalam hard brain aku nih haha. Aku ingt jauh la ke tempat tu.. so bw la buku (Freakonomics – kawan aku punye). Membaca sambil berborak, aku ingt.., sempat abis 1-2 page jer haha.. Nasib baik membe aku perasan dah sampai ke Blacktown.. masing2 wat dunno jer (ingt jauh lagi).. Rupernyer amik 1/2 jam jer… ceiss!! Turun train, aku teringatM’sia.. isk2.. sekali macam stesen putra daa (die punyer stesen bas transit).. jam 915 pg, naik bas ke Feather Dale (mcm zoo tapi boleh pegang2 binatang sume).

Feather Dale

entrance.jpg

Sebenarnya aku x merancang pun nak pg ke tempat ni.. Tetiba je membe aku (housemate merangkap roomate) ajak pergi dengan x bg signalny.. Aku on jer coz ramai2.. baru laa bes.. Aku dh merancang lama dah nak pegi.. tapi asik kensel jer.. last2.. wat dunno jer.. anyway.. aku dah kat situ daaaa (dalam kronologi citer aku)…

Masuk2 entrance, benak kepala aku dah terbayang kanggaro, wallabies dan KOALA (feveret aku) hehe… Bukan ape.. membe aku (housemate x merangkap roomate) yg sorang lagi dah pegi.. tapi sian dier… g sensorang.. masa tu masing2 tepu.. tapi aku ada keje nk kena wat.. so ketepuan yg x tertahan menyebabkan membe aku tu pegi gak, even sensorang. Cian dier hihi.. jgn cakap aku x ajak dier kali nih.. aku ajak tapi dier plak ada keje yg perlu disiapkan (utk jmp supervisor). BTW.. alkisahnya.. jmp laa aku ngan menatang tu sume hehe.. mmg bes.. aku kasi makan kanggaroo and wallabies.. masa tu, kami sume terngekek2 gelak tgk gelagat sorang anak mat saleh sini.. dia layan kanggaroo and wallabies tuh mcm anjing dier kat umah (dipetik dari mak dier).. usap2, pelok2 skit and yg besnyer.. dia cium sume menatang tu.. aku tgk, mmg bes.. comel and dlm masa yg sama risau takut2 die kena kanggaroo kick haha.. tp diorang (binatang tersebut) mmg friendly dan mesra rakyat. Aku plak, sekadar kasi makan and usap2 kanggaroo and walabies tuh (lepas ni aku aku sebut K’ for kanggaroo & W’ for wallabies. panjang sgt laa)..

Kanggaro Albino Aksi wallabies

Aku & Wallabies Budak Comei

Oppss.. lupe lak kisah penting.. x berapa nak penting pun.. aku tangkap gambo ngan KOALA hhiihi.. aku ingt nak dukung tp ms tu xde la plak dia kasi.. tensen pakcik.. so apa aku wat, aku menyandarkan kepala aku kat belakang koala tuh hehe.. bes tol klu dapat bw balik tido hihihi.. then proceed laa tgk menatang lain ie wombat, K’ albino, Tasmanian Devil, Quokka, Dingo dan macam2 lagi.. (bnyk klu nk sebut sume). Citer pasal Dingo nih, dia keluarga anjing. Kaler krim, mmg cantek and comel (anak dier).. So aku ni pantang tgk benda2 comel nih.. Tanpa aku sedar (kononnya ) aka tindakan luar kawal, aku usap anak Dingo tuh. Lembut bulu dier hihi.. membe aku pandag serong kat aku sambil berkata “wei, adik2 beradik anjing la… g sama’ nuh”.. Arghhhh… luper!!.. ceiss.. utk xtra precaution.. aku pun g sama’ (sentuhan kering-kering aku ngan bulu Dingo tuh).. Mmg bes la pg sana (Feather Dale).. dah tgh ari, apa lagi.. lunch laa.. siap bw bekalan dr umah tuh. Ada yg maask nasi goreng, buat sandwich (mkn dlm train tp ada xtra lagi) dan aku & hsemate wat ayam panggang… ermm sodap.. tapi sejuk hihi (winter kononnya laa.. padahal masak mlm sebelumnyer).. Mcm biasa mat saleh tgk jer sambil menjeling (apa budak2 nih, mkn pakai tgn?!)..

en-koala.jpg dingo.jpg koala-boy.jpg

So, demikian lah alkisah nyer.. tgh ari dlm kol 1245 tgh, naik bas ke train stesen terus ke Sydney dan terus amik bas 343 ke umah aku kat Eastlakes.. smpi dalam kol 255 ptg… lepas lah aku punye keinginan utk pegang KANGGARO, WALLABIES & KOALA… Thank You ALLAH!!

****************************************************

Akhirnya memang betul telahan aku. Penghujung waktu merupakan saat di mana neuron2 di dalam kepala mula aktif menghasilkan lampu2 idea dalam ruangan benak aku. Mencurah2 untuk tumpah ke screen pc department. Alhamdulillah.. berkat dan kurniaNya.. siap jugak laa walaupun bnyk lagi benda leh di perbaiki.. aku berTEKAD lagi……… utk assignment yg bakal menggamit tiba pada Jumaat dan Ahad nanti… untuk minggu ini…….

Posted by: Samura!Destiny | August 13, 2007

Tekad yang hilang

Memang sudah menjadi kebiasaan untuk aku tidur lewat… Entah mengapa, walaupun waktu di Malaysia dan di Australia (Sydney) ini berbeza, dan sudah hampir 6 bulan aku di bumi asing ini… waktu tidurku tetap berlandaskan waktu tidur di tanah tumpah darahku.. 0107.. tertera di sudut kanan bawah computer riba aku. Rakanku seorang sudah lama dibuai mimpi dan yg serang lagi masih sepertiku… Berjaga malam.. walaupun dia berada di bilik yg berbeza, namun kutahu dari batuk yg terhambur keluar dari mulutnya.. Aku tahu.. kerana dia kawanku…

Walaupun masa yg dibekalkan utk tutorial sudah menemui penghujungnya, namun aku tetap aku. Bukan aku tidak mahu menyiapkan tugasan tapi…… idea yg kuharap mencurah keluar dari benakku ini tidak terdetik kecuali sedikit.. kesudahannya… ‘sambung esok pagilah. Moga2 idea akan lahir pada waktu dimana kesabaran dan tekanan diuji.’ Hahah.. semuanya hanyalah satu alasan yg dibuat2 oleh diriku yg separuh ini, sedangkan yg separuh lagi menuntut untuk aku siapkan segala kerja seawal mungkin. Dan kalau boleh sehari setelah tugasan di amanahkan kepadaku… Tapi apakan daya……… Personaliti hitamku terlalu dimanjakan… Entahlah….. Kuharap diriku berubah……. 0142…Masih lagi aku berkesempatan utk berfoya2…. Personaliti Hitamku… aku mahu tidur… esok jam 1200-1500 ada kelas.. gap (waktu kritikal = idea mencurah2).. sambung kelas dr 1800-2100… zzzzzzZZZZ!!

Posted by: Samura!Destiny | August 7, 2007

Trip to Snowy Mountain

1241am.. sunyi.. 7 Ogos 2007.. erm.. baru pas solat Isyak.. ini lah aku.. tp jarang la solat lambat kat sini.. Cuma.. ari ni ada kelas 6-9pm.. so.. sesampai jerk at umah.. terus jer buka pc.. x sabo.. hehe.. on je pc terus amik kamera aku.. Lumix FX07.. transfer gambo kelmarin.. weekend lepas.. aku pg ke Perisher Blue.. main salji.. memang sejarah baru dalam idup aku.. selama ni hanya mampu bermimpi.. tp berkat rezki tuhan.. dapat jugak aku merealisasikan salah satu impian ini.. 4 & 5 Ogos.. insyaALLAH.. hari yg x dapat aku lupa.. 37 orang.. 1 Comuter (Van 12 seater), 1 Coaster (minibus 21 seater) dan 1 4WD Volvo.. atas tiket persatuan MyPSA (Malaysian Postgraduate Students Association, NSW).. aku (kami) menjelajah di bumi Australia..

4 Ogos 2007

Perjalanan yg jauh.. 645am dr Sydney.. selama kurang lebih 3 jam ke Canberra.. lepak2 jap kat Parlimen.. makan nasi lemak (terus aku collapse dlm comuter hehe).. di teruskan lagi ke Cooma yg amik masa kurang 2 jam.. akhirnya.. lebih kurang jam 3pm.. tiba di Pacific Lodge, Cooma.. check in.. rilex sekejap.. nak tido.. tadi mlm dapat tdo 1 jam jer.. 3am aku lelap.. kol 410am aku bangun.. bkn sebab excited melampau.. tp sebab takut x dpt bgn pagi haha.. aku ni jenis liat sikit kalau hal2 bgn pagi nih.. bkn x nak bgn.. tp reflex tangan terhadap alarm ni.. terlalu sensitive.. involuntary movement.. hehe J.. anyway.. memang niat nk qada’ tdo smlm.. tp sejuk sgt.. tensen pakcik.. then.. membe ajak kuar jenjalan kat sekitar motel tuh.. saje.. membunuh masa.. terketar2 jugak aku.. even pakai baju angkasawan nih.. glove aku tertinggal dlm comuter.. arghh.. seluk poket jer ler.. blab la bla.. kol 8pm.. beramai2 pegi sewa peralatan utk tujuan ke Perisher Blue.. hehe dapat diskaun.. ok ar.. aku sewa suar n ski set jer.. $27 total.. yg lain aku dah ade.. sef budget aku huuhh..

cooma.jpg

Kol 10++ (aku rasa laa).. masing2 gotong royong.. ada yg msk nasi goreng (aweks).. masak nugget (jantan).. dan aku.. masak telo.. guna microwave.. pasal.. dapor letrik yg ada.. slow nk mampos utk mencapai kepanasan yg di perlukan.. 4 orang.. sorang tukang sapu minyak kat mangkuk yg masuk dlm microwave tuh.. aku tukang pecah telo.. sorang tukang masak.. sorang tukang tengok.. hihi.. hampir kol 1 baru ler sume siap.. ingt nk tdo awal.. x dapek nk nolong eee..

141am.. semakin sunyi.. membe dah tdo.. sorang lagi belum rupenyer.. mcm aku gak.. kaki intenet..

5 Ogos 2007

610am (+kurang ler).. bertolak dr Cooma ke Perisher Blue.. kurang lebih 2 jam.. smpi sana.. terus bergaya ngan ski masing2.. hehe.. then main toboggan.. jadi budak2 rasanyer.. hampir 1 jam or lebih main toboggan.. beralih ke aktiviti ski lak.. plan nk amik lesson.. tapi dh agak tgh hari so.. mcm x berbaloi jer.. $140 for 4 person (private lesson).. pikir nk naik smpi atas.. $95.. tp bahaya ler.. meluncur pun tergolek.. then decide main kat tepi jer.. jadi lar.. haha.. penat bangat weh.. penat panjat bukit lepas luncur ke bawah.. hiihi..

toboggan.jpg toboggan2.jpg

30 minit sebelum jam 2pm.. menuju ke visiting facilities.. kepenatan tahap abah!!.. longgar sudah lutut aku.. smpi jer sana.. lunch.. n solat jama’ taqdim qasar.. aku terus x kemana2.. rilek2.. perut sakit.. pedih.. akibat makan setelah rs lapar yg teramat.. kol 3pm kalau x salah.. ada unsur2 balingan salji di luar bangunan.. aku x tahan.. join.. terus serang sape2 yg aku rasa nk serang.. akibatnyer.. aku yg di serang bertalu2.. kedudukan yg sangat x strategik.. di tengah2 khalayak ramai.. hihi.. penat yg hilang kembali datang.. termengah2.. tapi.. keseronokan mengatasi kepenatan aku huhu.. mcm2 budak2… yg dah kawen pun same.. join gak..

otai.jpg ramai2.jpg

330pm.. sume dh berkumpul.. asal plan.. kol 4pm.. tp.. oleh kerana sume dh penat.. awal 30 minit.. terus ke Cooma.. cume takes about 1 hr and 15 minutes.. then.. mandi.. solat jama’.. dlm kl 6 lebih.. check out.. pulangkan alatan yg disewa.. terus menuju ke Sydney.. non-stop.. 6 kali ulang lagu cd audio dlm comuter tuh.. naik boring aku haha.. kol 1130pm.. smpi Sydney.. Malaysian Hall.. rilek jap.. sapu comuter tuh.. coz kena hantar mlm tu jugak.. then aku pun balik ke Eastlakes.. ke rumah aku.. sekadar ini je coretan kisah selama 2 hari nih.. dan habis sudah masa yg aku peruntukkan utk jalan2.. masa utk mengadap buku.. kena hibernate 12 minggu nih.. aku nk target Distinction utk paper aku sume.. doakan kejayaanku.. insyaALLAH.. Thank You ALLAH.. 213am..

Posted by: Samura!Destiny | August 3, 2007

After a certain period of time

New semester already begin… this is the 2nd week out of 14… hmmm… still rilex… nothing much.. should have reading my lect notes.. but.. sort of mmmm lazy.. i’ll read it tomorrow… it’s still too early… hmmm.. not a good attitude.. for a person who will someday teach others… very bad habit…. so… how can I put an end to this… already got the motivation… by watching my roommate… reading the notes eagerly.. early in the morning… going to school… spent his time at library… so jealous… but the thing is.. my heart is not into it yet.. hahha.. this is some sort of normal excuses… rejected!!.. hmmm… what should i do right now……… arghhhhhh!! I remember 1 thing…. very important…. SIDAI BAJU… heiiiiiiii…. give me 5 minutes…… tup tap… tup tap.. need to hang my clothes out to dry… even in this icy weather… not practically icy… hahah… exaggerate from actual fact… today’s temp.. 19’C…

lately.. the temp increases gradually.. that’s a good sign… winter is coming to an end.. spring is next… and day light saving.. will be enable again… so.. that’s mean.. Sydney-KL time difference will be 3 hours… instead of 2… but not a very much difference.. for me… the weather here… it is always sunny at day… like our country.. just… the temp itself… a bit colder… not a bit.. a lot haha.. but… the global warming is taking effects eventually.. not necessarily warmer than usual.. but colder than usual is one of the effects.. in Australia.. last summer is very bad experience for them.. drought everywhere.. until a point where gov have to limit the usage of water at certain places… and even this winter… the temp goes down… not forget to mention.. it’s snowy in a place which I can’t remember the name… but in Victoria… on of the states in Australia… Melbourne is one of the city in Victoria… like myself… I am currently in Sydney.. a city in New South Wales… hehe… geography?? whatever….

mmm I’ll go to Snowy Mountain in a few days… Saturday… yup.. this coming weekend… I’ll be spending my time there.. the whole weekend… depart from Sydney at 5am… ‘janji melayu’.. then… stop at Canberra.. it’ll take about 4 hours… waste our time there.. taking a lot of pictures.. do what I want… what they want… Canberra.. like Putrajaya.. gov center… nothing much.. but they said it is beautiful out there.. bla bla bla… continue our journey to Cooma (Kuma)…. hehehhe Kuma in japanese mean bear hahaha… what a name??!!… Stay there for the whole night…. then wil continue again… our never ending trip to Perisher Blue… main agenda hehe… about 1 hour from Kuma… so…….. what r u waiting for……. let’s rock!!!!!… skiing…. although I don’t even know how to.. haha… “Thing’s to try before u die”…. heheh I got this phrase from a TV show here.. haha Channel 9… one of the channels… uit??… what am I doing?? Babbling about things… hmmmm after a certain period of time…..

Posted by: Samura!Destiny | August 1, 2007

yo!! it’s me!!

I’m just trying to use this stuff… never have any experience before.. mmm from friendster blog then move to multiply… and this is the 3rd weblog that I’ve tried.. Still a beginner dowh… still searching for something that will excrete my adrenaline… long way to go…

Posted by: Samura!Destiny | July 1, 2007

Kisah Panglima Itam (Sebuah Analogi Untuk Mu)

“panglima Itam!! panglima!, hamba ada figure out laluan sulit ke dalam kota”. Termengah2 Sang Merah berlari ke arah panglima Itam sambil menutur kata. Panglima Itam yg sedang berehat segera bangun, “bagus Sang Merah. Hari ini juga akan cuba kita tawan kota ini. Hamba juga risaukan keadaan tuan puteri di dalam kota. Entah bagaimana keadaannya… lukakah dia? diberi makankah dia? sihatkah dia? lenakah tidurnya?..” kata Panglima Itam dengan machonya… Wahai tuan puteri, bersabarlah… akan patik cuba sedaya upaya untuk menembusi benteng kota ini.. walau betapa lama pun patik mencuba.. demi tuan puteri, takkan patik berputus asa… Fikir Panglima Itam yang keletihan setelah hampir 2 bulan berada di luar kota bersama angkatan tentera dalam usaha menyelamatkan sang puteri..

“bagaimana ko boleh jumpa dgn laluan sulit tersebut Sang Merah? Setahu hamba, sudah puas kita mencari dan buat research tentang kota ini namun hampa dgn hasilnya…” tanya Panglima Itam kepada Sang Merah.. Sang Merah dengan muka excited menjawab “Actually panglima… hamba dapat kod morse dari tuan puteri dari dalam kota. Tuan Puteri dengan yakinnya menunjukkan jalan yg terbaik utk kita menembusi kota ini…”.

“Hampeh!!.. apsal tuan puteri contact ko…. apsal dia x contact aku??.. kecik ati betul laa..” kata Panglima Itam dgn muke sedey.. “Laa… jgn lah panglima risau… tuan puteri cakap dia nak sms panglima tp battery kong… dats y dia hantar kod morse kat hamba.. dia kate klu hantar kat panglima…. ngabehkan boreh jo.. tuan puteri kate laaaa.. bkn hamba yg kata… hamba hanya menyampaikan pesanan hehhe..” terkulat2 Sang Merah bercerita sambil menunjukkan muka kerang busuk… “Oh yeke!!… hamba agak dah… tuan puteri ingat punyer kat hamba..” kembang kempis idung Panglima Itam sambil menutur kata…

“Baiklah… 1 jam lg kita akan cuba menawan kota ini… Merah!!.. ko pg kumpulkan bala tentera.. arahkan Sang Hati supaya bersedia.. ahh… biarkan Sang Lega dan Sang Kecewa ikut bersama Sang Hati… incase something happen..” arah Panglima Itam. “Bagaimana Sang Gembira panglima??..” tanya Sang Merah.. “Sang Gembira akan pergi bersamaku..”…

1 jam kemudian………..

Serang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!……………. ting tong… pung ping… booommm tebabo……… peperangan antara angkatan tentera Panglima Itam dan tentera kubu A pun bermula dengan sengitnya…. “Ape ni Merah??!!.. kate puteri dah bg kod morse utk laluan sulit… ni yg kite kena serang plak ni apehal??? jawab2..!!” konpius Panglima Itam.. “Itu laa pasal…. hamba mmg confident.. 3 kali hamba translate kod morse tuh.. sama je result die.. tentang laluan sulit yg di kabarkan tuan puteri… tapi yg ni mcm pelik jer… tensen pakcik” tutur Sang Merah dgn tensen.. “Arghhh… abaikan….. alang2 kita dah masuk, biar semuanya berakhir hari ini juga… Serang!!!!!!!!!!”… bersemangat waja Panglima Itam memberi arahan kepada tenteranya….

selepas 30 minit…..

“Tuan puteri!!!!… argh… akhirnya” lega Panglima Itam melihat Puteri berjalan dgn langkah yg tenang…. “Ah.. Panglima Itam.. risau beta akan panglima sebentar tadi… tapi kenapa Panglima Itam yg datang ke kota ini… bukankah ada seorang puteri yg menunggu panglima d kota R sana.. hamba ingt putera X yg akan datang pada beta”.. hairan Sang Puteri.. “actually dah lama beta nk cakap bendalah ni… cuma battery asik kong jer.. so baru ari ni beta dpt sampaikan..” sambung sang puteri lagi…

“hmmmmmmm.. aku dah agak dah…. ini yg akan puteri cakap nanti… hehehe nasib baik Sang Hati di temani dgn Sang Kecewa dan Sang Lega.. klu Sang Kecewa sahaja bersama dgn Sang Hati.. susah lee jawapnya.. bijak jugak aku nih.. heheh ” fikir Panglima Itam sambil memandang syiling kota… “Panglima!!… luka di tangan tu……. “…..tekezut sang puteri melihat darah yg mengalir di tangan panglima Itam.. “xde ape tuan puteri.. sikit je ni.. luka di luar lagipun…….. kejap je… 2-3 ari ni.. baik laaa… xde hal lah… jgn laaa tuan puteri risau… hamba cukup gembira bile lihat tuan puteri ok… sihat sejahtera… itu pun sudah memadai… lagipun… tuan putera X dah lama tunggu puteri di Istana.. jom hamba iring tuan puteri pulang… memang sudah menjadi tugas hamba…. sebagai seorang panglima.. ” pantas panglima Itam memotong ayat puteri….. mujur Sang Gembira bersama aku di sisi.. aku dh agak Sang Sedey ni follow aku.. bangga betul aku dgn diri sendiri hehehe…..

“bagaimana dgn puteri R di kota R?” puteri bertanya lagi… ingin tahu… “xpe.. hamba x akan kesana kerana hamba yakin… Raja telah menghantar putera dari kota B utk menyelamatkannya…. lagipun.. benteng pertahanan kota R x sekukuh benteng kota A ini… hamba rasa laa.. tapi hamba akan cuba ambil kabar puteri R nanti dr spy yg hamba hantar..” balas Panglima Itam selamba……. “Terima kaseh panglima…….. susah2 jer… masuk kota nih… selamatkan beta”.. “no problem puteri…. I’ll be there for u… insyaALLAH”.. tersengih sang Panglima Itam mendengar pujian dr Sang Puteri……… Abang!!!!! abang!!!…… “eik….. apehal ber’abang2′ lak puteri nih…??

“subuh2……… isk… ape nk jadi nih….. asik lewat je bgn……… bgn ler teman oii…….. dah nk abis waktu dah ni…… heiiii….” arghhhhhh……… mimpi rupenye……. patut laaaaa pelik semacam jer……. warrrrrrrrrghhhhhhhh…. ngantok lagi nih……. sambg laa pas solat nanti……….

Posted by: Samura!Destiny | May 19, 2007

10 HaDiaH~~

HADIAH MENDENGAR
Berikan kpd yg memerlukan, hendaklah benar2 mendengar apa yg d katakan. Jgn mencelah, berangan2 & jgn merancang bagaimana hendak mebalas.

HADIAH TANDA KASIH
Jgn kedekut utk beri pelukan, ciuman & ramasan tgn. Biar tanda2 kecil ini menzahirkan kasih & sayang yg ada dlm dirimu.

HADIAH SEHELAI NOTA
Mungkin ringkas ie “Love U” or somethin kreatif ie puisi. Letakn d tmpt2 yg x d sangka o org yg d kasihi

HADIAH KETAWA
Berikan suatu yg melucukan ie artike/kartun. Tunjukn mesej ” sy suka ketawa bersamamu”

HADIAH PUJI2AN
Sesuatu yg simple ie “pakaian ni mmg kena dgn awak”. Ia mungkin mempunyai nilai yg tinggi kpd org d kasihi.

HADIAH BANTUAN
Tlg basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak etc.

HADIAH BERSENDIRIAN
Ada ketika kita mahu bersendirian. Peka kpd saat2 itu & berilah ms & ruang yg cukup kepadanya.

HADIAH KECERIAAN
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama org2 yg dikasihi.

HADIAH RIADAH
Sertai sesuatu yg d sukai o org yg dikasihi ie sukan/aktiviti. Kalah pun x kisah, kamu masih menang.

HADIAH DOA
Hadiah yg paling utama. Selalu berdoa utk kesejahteraan org2 yg dikasihi dan beritahu yg mereka sentiasa berada d dlm doa kita. InsyaALLAH

Categories